♔Home |▲pollo



First meet :)
Hoolla !selamat berpuasa to all muslims !
sudah sekian lama tak berbloging ada masa lapang ni saja lahh hias balik blog dengan cerita terkini hehe
baru-baru ni Malai ada kenalkan dengan sorang kawan dia yang bernama AL stand for Abu Lawas hahahahaha
tak sampai seminggu kenal setiap hari text and weekend last week 28 and 29 hari bulan kami berjumpa jeng jeng jeng
first meet dekat depan Lot10 Bukit Bintang ,act datang Bb just nak teman mama and my aunty shopping .buka jee puasa semua siap-siap untuk ke Bb and kebetulan Malai and AL dekat sana .so kami rancang untuk berjumpa seketika .waktu masa itu tepat menunjuk kan pukul 11 malam maybe .
AL and Malai tunggu depan Lot10 kemudian saya dan cousin saya datang ,tak lama berbual Malai seorang kaki paw telah mengpaw saya hahah terpaksa belanja dia Mcd ,pergi Mcd cuma teman Malai sorang aja yang makan .okay dah biasa sangat dengan perangai Malai yang annoying tu .lepas bual-bual dalam Mcd tiba-tiba terfikir esok takda buat apa so saya ajak lah hang out sama-sama .tak lama kemudian kami beredar dari Mcd tersebut dan kami berpecah ,saya and my cousin ke tempat di mana kami tiba 
pada permulaannya nak ke Bb pada esok hari nya .tapi puasa malas nak naik train lambat ,dan bercadang ke OU pula ,tiba esok paginya saya bangun kakak ajak saya pergi Sunway Pyramid dia nak date dengan Bf dia juga and .mama and semua my aunty ke Sogo shopping dengan menaiki train .
saya ,kakak and my cousin menaiki kereta ke Sunway Pyramid .pagi berikut saya kejutkan AL dan blablabla siap-siap untuk bertemu .pada mula rancangan nak balik before berbuka kononnya nak berbuka dekat rumah lahh .and bila kakak call ma ,ma suruh berbuka dekat luar sebab ma pun balik malam .
okay lupakan sebentar mengenai buka puasa ,masa first-first jumpa AL nak berbual alahaiii punya lah segan-segan hanjing gitu hahah lama-lama dah macam apa dah .jalan dengan dia macam jalan dengan budak gila haha bila dah penat berjalan tepat pukul 6 kakak suruh tunggu depan Levi's ,mula-mula merepek entah kemana juga lah cari Levi's lama-lama jumpa terus pergi ke kereta .boleh sesat pulak dekat sunway pyramid tu nak cari park tak jumpa hahah at last jumpa .okay kereta dah macam sardin sikit lah sebab kakak ajak buka luar tak nak bula dalam sunway .Asia Cafe menjadi pilihan kami untuk berbuka puasa .act yang puasa only 3 orang me ,kakak and AL yang lain semua muka kafir hahahah so dah order air semua makanan kena order sendiri .bila cari makanan dengan kakak and bf kakak AL tak nak makan ,mula-mula paksa dia makan tapi dia berdegil okay last-last share jee makanan sebab tak habis .nasib baik juga lah dia tak order apa-apa sebab saya makan tak habis .masa tu makan noodle dengan meatball .last-last yang habis kan makanan tu cuma Malai sebab tak sedap hahah dah duduk melepak sekejap after berbuka tak lama kena hantar AL balik .okay masa tu rasa macam erghh macam nak patah balik masa boleh haha tak nak dia balik sebab susah nak jumpa dia lagi ,dia dekat Damansara and saya dekat Batu Pahat .dia pun jarang balik Batu Pahat .lepas hantar dia tu rasa macam nak ikut jee dia balik Damansara .malam tu juga saya dan family saya kena balik Batu Pahat sebab esok harinya saya dah kena mulakan hari macam biasa sekolah and blablabla
and this week dia janji nak balik Batu Pahat :) tak sabar nak tunggu this weekend nak jumpa monyet saya ni .uncle saya sorang ni .gila sorang ni .hewhew hope dapat buka puasa sama lagi uncle :)
yang buat saya rasa pelik kenal tak lama mana pun tapi first meet dah macam kenal lama ,haha okay mungkin sebab uncle ni gila kot ,melayan dia sangat penat haha .saya juga seorang yang susah nak rapat dengan orang baru tapi bila dengan dia senang jee macam takda apa-apa hahah and kami cuma berkawan tidak mempunyai apa-apa hubungan :)
so jangan salah faham :)
ni first meet monyet ni ,jumpa tak lama pun malam tu 

berbuka puasa :
ini kakak and bf dia 
Monyet ni fokus sangat main game bodoh dekat phone saya haha

apa-apa pun rindu masa ni and macam nak patah balik masa :)
abah cakap before raya saya and my family akan balik ke Damansara lagi untuk shopping raya and mungkin akan jumpa si monyet ni lagi hehe 
monyet ,miss you lahh nyet :)