♔Home |▲pollo



baku

subuh mengundang ,aku masih lagi terdampar di birai katil memikirkan masalah yang jadi antara aku bersama Erwan Zernal .masih sama tanpa penyelesaian .sejenak aku berfikir ,teriakan ibuku "adik !bangun !tak nak sekolah ke" itu lahh ibuku seorang yang penyayang .pekikan itu telah membuat aku sedikit terkejut dan aku bingkas bangun untuk bersiap ke sekolah .memandangkan hari berikut aku ada paper math .ikutkan hati memang nak lambat-lambat .

untuk berangkat ke sekolah sudah menjadi kebiasaan pada diri aku untuk salam dan cium ibuku .tiba di sekolah ,aku melihat rakan-rakan bergegas untuk ke pagar(datang lambat) pagar nak tutup oleh kerana itu aku juga tergolong dalam kalangan orang yang aku sebutkan tadi untuk elak kan diri ditahan dan dicatat nama .aku seorang calon SPM 2012 ,matlamat hidup aku sama seperti pelajar yang lain berjaya akan datang .tapi aku sering lalai daripada belajar kerana aku sering memikirkan kesronokan dan kepuasan .mungkin aku seorang remaja ,berdarah muda sering inginkan keseronokan kata ibubapa aku .aku bersetuju ,mereka juga pernah lalui dunia remaja .maka dengan itu aku juga tidak pernah terlepas dari perasaan cinta .

orang kata cinta bukan segalanya .biarpun berpelajaran tinggi tetapi hidup tidak bahagia untuk apa .sejenak aku berfikir entah bila kalau aku tak merasa cinta dibangku sekolah kerana sekolah sekali dalam hidup .maka aku juga lalai akan cinta monyet ini .Erwan Zernal ,dia seorang lelaki yang sering buat aku down down down .aku sering berfikir tanpa dia hidup aku kosong .kerana dulu dia yang sering menceria kan dan mewarnakan hari-hari aku .kami bersama agak lama tetapi aku yang meninggal kan dia .kami masih berkawan juga berhubung melalui pesanan ringkas(message).dia mempunyai seorang gf tapi dia tidak pernah ada perasaan sayang pada gf dia ,malah dia sering menggangu hidup aku .setiap hari pasti ada message dari dia 'aku rindu kau/aku perlukan kau/aku sayang kau" aku sudah lali untuk membaca text itu .(baru cakap tengah type-type dah sampai lagi message dia) 

* * * * 

Tuhan tolong beri aku petunjuk .aku keliru dan buntu .apakah aku harus  menerima EZ ini kembali ?atau mencari lelaki yang masih ramai di luar sana ?aku masih sayangkan dia ,tapi sukar untuk aku terima dia kembali kerana dia mempunyai seorang gf ,dia juga sanggup untuk meninggalkan gf dia demi aku .aku tidak bersetuju kerana aku tidak sekejam mana untuk berbuat begitu .bahagia atas penderitaan orang lain .itu bukan pilihan aku .EZ ini juga pernah meninggal kan seorang kawan aku untuk mendapatkan cinta aku dan kini terjadi lagi kepada seorang perempuan yang aku tidak kenali sama sekali .jika dia mampu meninggal kan gf dia hanya untuk aku kenapa tidak dia akan meninggal kan aku untuk gf dia akan datang .

aku tahu ,karma pasti mengundang .maka itu yang membuat aku lebih keliru ,kawan-kawan tidak pernah lupa membantu aku .mereka hanya suruh kembali pada EZ tapi aku tak mampu .semasa EZ tiada ,tiada seorang lelaki pun yang datang padaku ,tetapi bila kedatangan Ez kembali ramai lelaki yang datang untuk mengenali diri ku .siapa yang patut aku terima ?atau aku tidak perlu menerima sesiapa ?aku masih menyayangi EZ tapi aku seorang yang ego ,ye aku akui itu .

Ez juga salah seorang classmate aku .setiap hari pasti aku mengadap muka si dia .tetapi kami berkenalan hanya di facebook(kita berkenalan hanya dalam lama muka buku lalala) setiap hari selepas habis waktu pembelajaran dia pasti akan bagi satu surat pada aku .mengatakan yang dia sayang pada ku .tapi aku sering menghiraukan nya .tidak terlupa juga ,tadi waktu aku sibuk berkemas untuk pulang dia lalu sebelah aku dengan rapat lalu mengatakan babai .ecehh tu first time dia macam tu so terharu sedikit .dia seorang yang romantic .itu yang membuatkan aku jatuh cinta padanya :)

jadi kawan-kawan sampai sini sajalahh untuk aku berdrama di pentas ini .aku sudah penat untuk menype dan kepada kawan-kawan semua terima kasih kerana membaca .aku rasa aku dah macam nak buat novel dah dengan ayat poyo macam ni haha .terima kasih ada kutukan sila lahh aku terima dengan hati terbuka :)
assalamualaikum :)