♔Home |▲pollo



im a good student of the year haha
hello hello catello hello hello haha yaw assalamualaikum dan salam 1africa .di sini saya  ingin menyampaiikan sedikit hujah mengenai dah start merepek ,apa yee yang nak cerita dengan korang semua ni .walaupun tak da idea but harus juga update sebab dah lama tak update blog ni hah bersawang dah ni labah-labah pun banyak mak anak baby menantu isteri adik kakak labah-labah semua ade lahh 1 family itam putih kulit semua ada .ape aku cerita pasal labah-labah pulak ?haha(nak panjangkan perenggan) hahahah

hari ni agak tergangu sedikit emosi saya ye ,tension homework banyak bhaii bersepah ?nak tolong buat kan tak?nanti saya bagi doposen ,pleasee !alooo saya masih tak sedar saya ni spm candidate masih boleh main-main tolong lahh sedar kan saya .dengan PN.SHENG guru perdagangan dia ajar belit-belit naik sembelit belaja dengan dia .cakap pun pelat sweet jee .hahah sini lahh PN.SHENG aku ajar kau bahasa melayu balik haha berapi berlava jeeh aku dengan kau tahu ?homework kau dalah pelik-pelik lepas tu suruh buat note sendiri .jangan tanya kenapa kalau aku dah drop subject kau -_- 

SPM membunuh betul ,24 hours lekat dengan buku .sanggup tak tengok nada cinta setiap hari ,sekarang hari persekolahan tak sentuh langsung remote control television sebab study punya pasal dengan tuition lain .ayooyo ,kepala kusut gila nasib single tak payah fkir bf lagi haha kalau ade bf sekarang ni memang hari-hari kene maki hamun free jee hahaha disebab kan homework besepah begunung berbukit ber apa lagi ya ?berry-berry pun bolehh haha disebab kan itu saya menjadi seorang pelajar yang sangat tidak terurus dengan masa dan time .tak sama ke tu ?eja dia lain okay .haha jadual tiap hari penuh woii .pergi sekolah pun badann macam pikul batu bata alahaaiii .

so hari ni dapat lahh spent time dengan pc tecinta ni laptop abang saya bawa keluar selalu on fb guna fon je and kadang-kadang curi-curi pakai laptop hahah sebab abang saya cakap hari sekolah takda laptop takda chillex-chillex dia cakap kalau skrillex boleh ?hahah takda main-main apatah lagi dia cakap .serious wey tak terurus .btw nak cerita masa dekat sekolah tadi ,tuka perenggan lah ye hehe

dari pagi ,pergi sekolah saya disaluti dengan pakaian PUTERI ISLAM tapi perangai macam PUTERI KAPIR haha saya rasa muka saya sweet je apabila memakai baju pink-pink gitu baru lahh pinkers !gegurl yuuuu !(mulut muncung kehadapan) ahah pagi-pagi pergi sekolah semak jee dengan bawa cupcakes kotak besa-besa peghhh !lepas tu masuk dewan tak tahu nak beratur dekat mana so beratur lahh dekat barisan puteri islam ,betul-betul puteri semua tudung labuh jee .saya siap duduk sebelah budak pakai tudung dia boleh buat selimut dahh hahah .cikgu cakap-cakap say tidur jeehh pagi tu .

tak lama pula ade spotchekk !ini yang nak angin ni .spotchek spotchek !benci jee ..tapi tadi berasib baik lahh kan sebab terlepas ,act rambut saya ni ade terrkena sedikit cecair kuning-kuning atau perang-perang tak tahu lah macam mana dia boleh tepek dekat rambut saya ni .cover punya cover nasib baik lepas .mungkin juga disebab kan baju puteri islam ni membuat muka saya menjadi atau dipandang muka suci sehingga saya tak dipanggil ?hahah serious dari form 1 sampai lah ke form3 asyik lepas jee ,sampai naik form4 ohmegat !kene rebus habis-habis dengan ustazah-ustazah hahah

nasib baik lahh tak beli liquid paper lagi kalau tak ,tak merasa nak pakai hahah .kempunan nanti haha tuhan jelahh tahu masa tu hati betul-betul resah gundah-gulana habis haha dalam hati takut sebab dah nak last kan malas nak buat hal dulu kecik-kecik masa baru nak naik boleh lahh degil-degil sekarang dah besar dah tak kan pemikiran macam budak-budak lagi kan .bila dah lepas dari spotcheck tu rasa wahh lega tunggu spotchek akan datang pula ya suhaila manaf ingat kau terselamat ?hahah

okay ,tadi pula bila balik sekolah tengok jee abang saya dah balik tinggal kan saya sebab saya keluar lambat .saya tak ikut orang sembayang dekat dewan tapi saya sembahyang dekat dalam bilik ERT .tujuan untuk balik cepat last-last lagi lambat balik ,padann !haha keluar jee tengok dah kosong ahh dah geram aje haha .terus call mak suruh ambil sebab penat sangat tadi .balik jee tukar baju and minta mak air ,mak buat kan air saya ambil bawak masuk dalam bilik dengar lagu tertidur ,bangun jee terus minum air tu tapi sejuk gila air tu sebab dalam aircond .tak sempat minum tengah panas .tapi tidur nyenyak tadi sejuk jee pasang aircond dengan kuat hahah sampai air pun sejuk nak jadi apa hahah mak pun tidur bilik dia sendiri .eiceh mak pun tidur dalam bilik dia lah takkan nak tido dalam bilik saya .hahah saya sedar jee dari tido saya minum and terus ke bilik mak ,bilik mak lagi sejuk woii aircond ke peti ais tak tahu lahh hahah ,baring-baring kejap dengan mak .manja manja sikit hahah and sekarang dah bangun terus online dan update cerita bodo ni ,tak tahu lahh apa yang aku nak sampai kan sebenarnya .kata pun takde topic hahah okay lahh guys kbyee 

iklas dicoret oleh suhaila manaf/nora danish