♔Home |▲pollo



fatigue
haa !haii semua hello gello !haa :) okay korang ,nak stoly molly ni .brr semalam pergi KL tau tau ,alamak jakun nya awak ni pergi KL pun nak cerita-cerita hahah mengedog lah :p oh okay saya dekat sini bukan nak cerita pergi KL tu tapi nak cerita untuk hari ni dan semalam .okay act mula-mula rancang 1 family tahun ni nak holiday dekat NZ and bandung tapi malangnya mak renew kedai semua duit habis hampir beribu-ribu dan tanpa hasil .agak naik angin yee di situ .rancang punya yeye dah kumpul duit semua tiba-tiba cancel and tahun ni TIADA HOLIDAY ,waterpark lahh !berampi jee sehh kan .sebab saya next year nk SPM and along ada final exam .

okay ,chill dulu aila .tujuan pergi KL semalam nak hantar my aunt pergi KLIA ,sumpahh sedih tengok dia pergi .patut nya kita orang semuua dah pergi sekali ikut dia pergi NZ tu .brr ,act husband dia memang dah dekat sana so dia pergi dengan anak dia 3 orang ajelahh kan .mak cakap  tak palahh tak ada rezeki pulak tahun ni so next year kita pergi okay ,okay tunggu ajelahh .next year pun along dah kerja ,engineer maybe dia jadi .bolehh lahh ketuk-ketuk dia ajak pergi new york pulak kan hahah .okay lagi pun tujuan ke KL juga just nak jumpa baby budak comel tu kan ,sebab nanti rindu dia ..

click !

okay bertolak dari rumah dalam pukul 2 lebih kan lepas tu sampai pukul 4 lebih ,sampai-sampai jee semua dah bangun dah mandi bargasi pun berderet jee saje nak buat saya cemburu lahh tu tak dapat pergi haha sampai jee baring kejap tapi tak tidur mak kasi towel suruh mandi ,okay mandi-mandi keluar jee toilet tengok saya orang paling lambat siap  hahah yang lain semua dah siap .dalah tak sempat tidur terus keluar balik .dengan muka tak bermakeup sebab tak sempat ticket pukul 8 tapi nak gerak awal ,sebab rumah my aunt dekat puncak perdana shah alam sebelah UITM ,so nak ke KLIA mengambil masa sikit kan ,husband dia cakap kene tunggu 2 jam awal sebelum pukul 8 .

so dengan rambut tak bersikat just sempat pakai foundation and bedak jee haha bapak serabut .haha masa nak gerak ke KLIA tu dalam pukul 5 lebih .so dalam kereta membuta ajelahh kan .dah sampai cium-cium baby bagi puas nanti rindu dia hehek mengada jee .dah hantar pergi brekfast kejap and pergi lahh KL balik rumah aunt lagi sorang dekat damansara damai haha act dekat sane memang ramai family belah abah ,sampai jee damai semua membongkang .along pun ada bawak kawan dia ,kawan dia tumpang sekali .so tarik bantal semua terus baring tak larat sebab 1 hari tak tidur kan .penat tak penat kan .sampai damai pukul 9 .saya orang paling lambat bangun hahah along and kawan dia bangun cepat sikit sebab dia orang nak ikut program apetahh ke lumut and trip ke pangkor .

then dah hantar dia sampai PICC sebab bus tunggu dekat PICC ,dia orang paling awal sampai hahah nampak sangat tak solat jumaat hahah and dalam rancangan lepas hantar my aunt pergi KLIA kita orang terus balik bp tapi penat kan so lepak-lepak dulu .sumpah hari ni asik tido ajee ,bangun tengah hari ,mandi-mandi makan and baring tido balik sampai petang haa teruk kan ,petang dah bangun terus makan and mandi and tido balik .last-last balik malam hahah .kakak dari hostel dia datang damai teruus bila mak bagitahu kita orang dekat damai ,kakak pun memang cuti 4 hari .mak ajak dia balik bp .so sebelum balik tadi pergi hostel dia kejap amek barang-barang dia and blah balik bp .

kakak drive dari KL sampai BP ,then singgah muar  pergi makan kejap and singgah tempat kerja abah ,abah kerja mana ?okay dia seorang polis trafic di muar eehhee pergi tempat kerja dia just nak amek camera jee .then pulang lahh kerumah ku syurga ku ini haa .penat tak penat lahh kan yang penting sebelum balik saya dapat telan drumstick seketul haha ,sejuk-sejuk batuk-batuk pergi makan icecream haha bengong jee .apa-apa pun penat sangat and saya tahu korang pun penat nak baca dahh ni sebab berjelaa lahai hahah .

okay lahh semua malam pun semakin hampir ,hampir lahh sangat memang dah malam kot hahaha merepek jee siak ,okay lahh selamat malam dan terima kasih kerana sudi membaca .act ,saya tahu topic ni membosan kan and fyi saya tak tahu nak update apa hahaha so main type jelahh sebab tangan miiang dahh ni dengan makeup tak cuci on pc terus update haha ,lappy pulak kakak guna .so okay lahh bye semua :)